Tuesday, 22 July 2014

Kuih ketayap

Assalamualaikum......
 
Menu semalam mama buat kuih ketayap lagi....sbb inti kelapa banyak lagi dlm peti ais...so minggu ni mmg nak habis kan barang2 dalam peti ais. sebab hari khamis ni nak balik kampong seminggu...nak raya....yeayyyyyy
 
terkial2 mama gulung ketayap ni panas2...papa rileks je...yelah...tangan lelaki kan kasar...tangan pompuan halus mulus.....hahhahaha...
 
Meh sini nak habaq resepi buat ketayap... rupanya senang sangat.....
 
Bahan kulit :
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 sb gula pasir
½ biji kelapa parut muda

Cara menyediakan inti:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.


Cara menyediakan kulit:
1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan blender (saya guna blender supaya halus)
2. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
3. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
4. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
5. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
6. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
7. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan
 
 
Senangkan......selamat mencuba..walaupon x cantik mana kuih ni mama gulung, tp puas hati sangat dapat hidangkan dekat papa n anak2...kakak suka inti mama...katanya sedap....terharu kejap...saying anak mama tu...hehehehhe 

No comments:

Post a Comment